? ??????????????Stars and Music? ????? ?? ???Rating: 4.8 (34 Ratings)??10 Grabs Today. 6660 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????7?? ?????Crystal Drops? ????? ?? ???Rating: 4.0 (37 Ratings)??10 Grabs Today. 22583 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 31, 2009

DEMAM THESIS SEDUNIA....huhu


salam....

arini aku, azni, muhaini ngn epi gi segamat... mane lg klu tak uitm segamat. uitm di hatiku la katekan....bkn ape, advisor ktorg en khairul arif nk jumpe ktorg tuk discuss psl thesis...


msuk ni dlm mse sbulan lbh, dh 4 kali aku balik segamat. mcm dkt jer...huhu. nk wat cmne,nk xnak kene gi la gak...pagi gerak kol 7,smpi sane dlm kol 11. kol 4 gerak balik.smpi2 klang dh malam... penat kt jln jer..huhu..

td en khairul arif remind ktorg yg viva presentation lbh kurg 2 minggu lg... tak kecut perut pulak aku. dh la aku wat questionnaire. agak rumit ckit nk analyze all da data...emm,InsyaALLAH,aku pasti bleh wat yg terbaik...doakan aku ek... so lps ni mmg aku kene fokus kt thesis aku ler... mkn thesis,tdo thesis,mandi thesis, n in my mind just think bout THESISSSSSSSSSSSSSSSSSS.....

YA ALLAH YA TUHANKU YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA BERKUASA...
KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HARIANKU..
KAU TENANGKANLAH HATI HAMBAMU INI DLM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAAN DARIMU KRN AKU TAHU ITULAH CARA ENGKAU MENTARBIAHKAN JIWA HAMBAMU YG SELALU LALAI DAN LEKA DGN KEINDAHAN DUNIA YG BERSIFAT SEMENTARA INI....

KAU JADIKANLAH AKU SBG HAMBAMU YG SABAR...
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YG MAHA MENGETAHUI APA YG TERBAIK UTK HAMBAMU INI...
DAN ENGKAULAH YG BERKUASA DIATAS SEGALA YG ENGKAU TAKDIRKAN UTKKU...
AMIN YA ROBBAL ALAMIN.......

Monday, March 30, 2009

Jiwa Kita Perlukan Pengisian...



Smlm 29 March 2009 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1430 Hijrah.

Tepat jam 7.15 ptg, aku dh get ready nk g masjid. camtu la kebiasaannye klu ari Ahad. tp smlm mse aku tgh start moto,tetibe gerimis mengundang...cuak gak aku. almaklumlah, skrg ptg mesti ujan.

so dgn nekad aku start moto dan meneruskan ekspedisi merempit aku ke masjid.huhu. aku naik moto coz masjid kt tempat aku ni agak jauh dr umah aku.

cam biase smpi kt masjid, lps solat maghrib berjemaah,aku n sume jemaah akan stay tuk dgr pengajian. pd aku pengajian ni agak best coz cara ustaz yg menyampaikan ilmu tu agak bersemangat n klaka2 ckit.. aku bantai gelak ar klu ade smthing yg mencuit hati aku.mmg takbleh miss ar pengajian ari ahad ni.hehe...

emm, tajuk yg ustaz ckp smlm msh lg 'TAKUT KPD ALLAH S.W.T'. (m/s 587).

Tapi kali ni ustaz cite psl Ya'juj dan Ma'juj. Tak tau la btol x aku eja.huhu..

Ya'juj dan ma'juj ni adalah berketurunan Nabi Adam a.s.Juga golongan anak Nabi Nuh a.s if i'm not mistaken. Keterangan lanjut ade Allah s.w.t terangkan dlm Surah Al Kahfi ayat 94 dan 99.

Ustaz terangkan n huraikan antara sifat2 Ya'juj dan Ma'juj ni. Antara sifat golongan Ya'juj dan Ma'juj ni adalah dorg suke wat kerosakan,tak peduli nasib kwn2 n orglain,watak mereka bengis dan suke bergado2. Lg 1, xde sape akan terselamat dr keganasan mereka coz golongan ni akan muncul pd hari kiamat untuk membuat kerosakan dam keganasan dgn kuasa yg mereka ade. Golongan ni jugak kuat mkn n minum.

Tetibe aku terase la pulak. Mane taknye, kegemaran aku pun mkn gak... So lps ni aku xnk la byk sgt mkn. Mintk dijauhkan la dr sifat2 golongan terkutuk ni... Ape lg eh input yg aku dpt smlm?

Ha,ade 4 tahap keimanan manusia. 1st,iman yg sentiase meningkat n xpnh turun2 : Para Nabi dan Rasul. 2nd, Iman yg stabil : Para malaikat. 3rd, iman yg naik turun, jap naik, jap lg turun : kebanyakn org awam. 4th, iman yg sentiase menurun n xpnh naik2 : org2 munafik..

Nauzubillahiminzalik..

Sesungguhnya org yg lbh jahat dr kelmarin adalah golongan yg terkutuk oleh Allah s.w.t..

Imam Al Ghazali pernah berkata dunia ni umpama pulau. Umur yg meningkat ni umpama kite blayar dlm sebuah kapal. Bile smpi kat pulau, kapten kapal bg mase kejap je utk singgah kt pulau. Smpi mase yg ditentukan kene naik kapal balik.

Ade 3 probability golongan manusia yg akan naik kapal balik. 1st,bile kapten panggil,dgn skali panggil golongan ni akn balik ke kapal dgn bekalan makanan n keperluan lain yg secukupnya. 2nd,golongan yg kapten dah panggil 2,3 kali br nk naik kapal balik.. 3rd,golongan yg terlalu asyik n sronok pusing sana sinikt pulau tu smpi kapten panggil balik pun xdgr n sbb leka dgn keindahan pulau tu dorg tertinggal kapal...

Ni lah perumpamaan dlm kehidupan harian kita kwn2..

golongan 1st adalah golongan yg sentiase melakukan amal ma'ruf nahi mungkar, sentiase beringat dan beramal ibadat.

golongan 2nd adalh golongan yg mse mude2 enjoy xingat dunie,umo dah 40,50, br nak bertaubat..

dan golongan 3rd ni adalah golongan manusia yg hanyut sehingga ke penghujungnya smpi tak igt lgsg nk bertaubat dan kembali pd Allah...

Nauzubillahiminzalik...

Pilihan di tgn kite samaada kite nk jd golongan yg mane 1... Tepuk dada tnye iman...

Sesungguhya barangsiape yg selalu berkurang iman dan ibadatnye, maka mati itu lbh baik baginya...

Lg 1 yg aku igt ape yg ustaz cite smlm, dari Qabul bin Akhbar :

Allah s.w.t akan bina 1 daerah dr zamrud dan mutiara.. Dlm daerah tu ade 70,000 buah kampung. Dlm setiap kampung tu ade 70,000 rumah. TAKKAN TINGGAL DI SANA KECUALI

1) seorang Nabi.

2) golongan Siddiq (yg membenarkan ape yg dlakukan oleh Rasulullah s.a.w.)

3) Org yg mati syahid-perjuangkan agama Allah.

4) Pemimpin dan ketua yg adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu kene pd tempatnye...

5) Golongan yg menghukum diri sendiri - seseorg yg berhadapan @ditawari dgn perkara yg haram,lalu ditolak krn takutnya kpd Allah.

Mahukah kita menjadi salah seorang penghuni di daerah terindah ciptaan Allah itu kwn2??

Renung2kan dan selamat beramal....

Monday, March 23, 2009

TanpaMU....




Resah dan gelisah ku rasa

Hidup penuh pancaroba

Roda masa pantas berputar

Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka

Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku

Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu

Tiba murkamu menghukum

Keangkuhanku kian hancur

Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih

Ku tak berdaya

Hilang punca dan arah

Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih

Daku derita

Lemah dalam sengsara

Jiwa dan tubuh kepedihan

Terseksa, terhukum

Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam

Jalanan kelam dan suram

Lampaui batasan insan

KeagunganMu kulupakan

Rahmat dariMu kudambakan

KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya

Tempuh segala

Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu

Sinar cintaMu Yang Agung

Pasrah merayu redhaMu

Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan

KeampunanMu ku pohonkan....

Sunday, March 22, 2009

NILAI TUDUNG SEORANG WANITA....

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Wallahualam....

Saturday, March 14, 2009

Rindunye kt kwn2......







Stiap kali aku dh pnt wat wat thesis, aku akn tgk2 gmbr mse diploma dulu.. Gmbr mse konvo... Kenangan ngn rumate B156 dulu (Atun, Wani and Linda).. Ngn klazmate n collegemate yg mmg kamceng gler ngan aku.. (Radhi, kak Noi n Sha).. Teringat kenangan mase jd Jwtnkuasa Perwakilan Kolej(JPK) tuk Kolej BAIDURI.. mse blakon teater 'GILA'... aku pegang watak inspektor polis. pergh!mencabar gler...hehe.. mase join pesta pantun, join nasyid.. Ade jgk aku gi program anak angkat kt Pekan Air Panas, kt Kg Paya Lang.. Pngalaman baru tuh! N paling best mse gi gotong royong kt perkampungan org asli kt Segamat Kechil..mse tu segamat dilanda banjir besar..mmg tenggelam bandar segamat...mcm xpecaye...teringat lg mase bz gler ngn kwn2 mse wat mega projek ngn klazmate (Syida,Syira,Sha, Radhi,A'ai)... n mcm2 lg la kngn yg xdpt aku lupekn... miss u all guyz....!

Friday, March 13, 2009

Satu Penghijrahan....

Hampir 6 bulan aku telah memulakan kehidupan yg baru... Kehidupan yg lebih tenang... Lebih gembira... Dan lebih bermakna... Aku tinggalkan semua cerita2 yg menyakitkan n melukakan tu... Tak ingin sekali2 aku lalui saat2 penuh kehancuran spt itu lg... Cukuplah.. Langkah yg telah aku mulakan ini akan aku teruskan demi mencapai cita2 aku..impian aku... InsyaAllah,lps grad degree ni aku akan further master.. Aku nk teruskan perjuangan yg masih belum selesai ni... Terima kasih sgt2 kt mak(Norina bt Sarjan) n kwn2 (Radhi, Farah,Kak Nonie,Nad,Asiah, Cda,Payed,Sha, Kak Azma) yg byk bg semangat kt aku... Aku syg korg...! Aku sedar, xde sape yg akan ubah nasib aku klu bkn aku sendiri yg mengubahnya.... Itu janji Allah s.w.t... Penghijrahan ini aku lakukan agar aku dpt lebih hampir dgn Dia... Mengharap keredhaan Nya... Allah Azza Wa Jalla...
Ya Allah... Kau bantulah hambaMu ini dlm mendidik jiwaku... Kau dekatkanlah aku dgn cinta dan rahmatMu... Sesungguhnya cinta Mu yg agung itu yg paling ku harapkan selalu... Kau ampunilah segala dosa2 yg telah aku lakukan samaada dosa yg besar ataupun yg kecil, yg nyata atau tersembunyi, yg zahir ataupun yg batin, yg sengaja atau tidak sengaja... Sesungguhya aku hambaMu yg lemah dan kerdil.. Yg seringkali lalai dlm mengingatiMu... Dlm menunaikan sgl suruhanMu.. Ya Allah Ya Tuhanku yg Maha Penyayang lg Maha Pengampun... Kau tetapkanlah imanku... Kau peliharalah akhlakku... Kau jauhkanlah aku dr segala musibah dan perkara maksiat... Kau selamatkan aku, kedua ibu bapaku,adik beradikku, guru2ku,rakan2ku, muslimin dan muslimat dr seksaan azab kuburmu serta seksaan azab api nerakamu yg teramat pedih itu Ya Allah... Kau ampunilah kami.. Kau kasihanilah kami... Kau redhailah kami... Kau jauhkanlah kami dr kemurkaanMu Ya Allah... Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami memohon keampunan.. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami berlindung dr gangguan syaitan yang tak pernah jemu2 menggoda kami melakukan dosa... Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau perkenankanlah permintaanku.. Kau makbulkanlah doaku... Amin Ya Rabbal Alamiin....

Warkah Buat Adam...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....

Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari Hawa


We Are Fantasticianz..!! Yezza!




salam...
juz nk share gmbr aku ngn bdk2 ofis mse sesi fotografi tuk wartawan kosmo aritu...
so,next week cpt2 la beli kosmo eh...hehe

Wednesday, March 11, 2009

ALHAMDULILLAH....

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur Alhamdulillah... Dpt jgk aku wat blog aku sndiri... Asyik tgk n view blog org jer. Bkn xnk wat b4 dis. Cume xberkesempatan jer... So, utk kwn2 yg mengenali, rajin2 la view blog aku eh...hehe..